Andai cinta semanis gula-gula..awasi dia...jangan sampai dikerumuni semut~syaheed 5.29pm
Bila bercerita tentang cinta,mula la aku rasa nak sengih memanjang...hahahha..entah apa2..aku pun manusia biasa..mana boleh aku tak terlibat dengan benda ni~mana tak hepinya..nak tido berangan kat dia,tengok orang dating tepi tasek teringat kat dia,tengok cerita korean lagi la teringat kat dia..hahahah..pendek cerita cinta itu memang seronok..hari2 ingat kat dia..
Tapi bila aku fikir2 balik...
Kononnya.. jiwa kosong kalau xjumpa..jiwa kosong kalau xdapat message..hahahaha..jahil kan aku..padahal sebenarnya rasa kosong tu datangnya dari jiwa aku sendiri.. yang sokmo melupakan Maha Pencipta..yang sokmo menangguhkan waktu solat..yang jarang berzikir kepadaNya dan bersalawat kepada kekasihNya..dan...yang sering lupa bahawa Allah itu rindu akan rintihan aku..bukannya mak abah xajar..bukannya mak abah xsuruh..cuma aku yang leka..dah terbiasa..dah jadi habit..jahil kan aku..kejam kan aku..ya Allah ampuni aku ya Allah..selawat atas kekasihMu junjungan besar nabi Muhammad s.a.w
Dan sekarang bila umur aku dah pun 22~~
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…
Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…
Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin..